TUJUAN

 

Tujuan laman sesawang ini dibina ialah untuk berkongsi pengalaman, kemahiran dan pengatahuan mengenai penanaman durian. Banyak maklumat yang boleh diperolehi dengan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh FAMA , Jabatan Pertanian, MARDI dan juga syarikat swasta, namun ada juga yang saya pelajari dari pengalaman saya sendiri. Saya pasti rakan-rakan yang lain  sedemikian juga.

 

Harapan saya, dengan adanya laman sesawang ini bakal-bakal penanam durian dapat manafaat dari maklumat yang dipapar di dalam laman sesawang ini. Saya juga berbesar hati sekiranya rakan-rakan yang telah lama menceburi di dalam bidang prnanaman dan pemasaran durian dapat turut menyumbang ilmu demi kemajuan industri buah-buahan negara. Maklumat yang dipaparkan juga diambil dari pelbagai sumber. Di harap mereka yang menyumbang membenarkan artikel mereka disiarkan melalui laman ini. Mungkin ada yang tidak menepati kehendak semua pembaca, oleh itu saya sarankan tuan-puan melaku rujukan dari sumber-sumber lain saperti Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI dll. 

 

Laman sesawang ini masih belum kemas dan menarik kerana banyak yang perlu saya pelajari terutama teknik-teknik pembangunan web dan aplikasinya. Insha Allah akan saya cuba perbaiki dari masa kesemasa.