PENYEDIAAN TERES

Kecerunan yang sesuai bagi tanaman durian ialah 0-25° (rata-sangat berbukit). Bagi kecerunan yang melebihi 6°, pembinaan teres adalah sangat digalakkan. Minima lebar teres yang bersesuaian ialah 10 kaki dan lubang perlu digali 3-4 kaki dari hujung teres.  Dengan cara ini pokok durian mempunyai saliran yang lebih baik. Di samping itu teres yang lebar memudahkan pekerja membaja dan mengawal penyakit yang disebabkan oleh serangga ataupun kulat. Masa mengutip buah durian juga lebih singkat dan mudah di tanaman yang beteres berbanding tanaman durian yang ditanam tanpa teres.

Duriancorner.com