PENGURUSAN KAWALAN PENYAKIT

Penyakit boleh ditakrifkan sebagai satu proses fisiologi bersiri yang berbahaya kepada tumbuhan. Ia disebabkan oleh serangan atau gangguan agen primer. Serangan atau gangguan ini dapat dikenalpasti melalui simpton-simpton atau gejala-gejala yang daat dilihat jelas keatas tumbuhan tersebut. Simpton atau gejala dapat dikelaskan saperti berikut:-

a. Nekrosis- ianya berkaitan dengan penyepaian dan      kematian sel,tisu,organ, atau keseluruhan pokok dan  dikategorikan seterusnya kepada nekrosis setempat, iaitu  bintik-bintik dan tompok nekrosis, dan nekrosis am  seperti  kelayuan, hawar dan reput.

b. Hipoplasia- pettumbuhan yang tidak berkembang yang  menyebabkan kebantutan, kekerdilan atau klorosis.

c. Hiperlasia dan hipertrofi- hiperlasia adalah peningkatan  bilangan sel yang abnormal manakala hipertrofi adalah  peningkatan saiz tisu atau organ  yang disebabkan  pembesaran komponen sel.

Penyakit disebabkan oleh agen biosis (hidup) atau abiosis (tidak hidup) ataupun entiti fizikal. Penyakit yang disebabkan oleh agen biosis dikenali sebagai penyakit berjangkit, manakala penyakit yang disebabkan oleh agen abiosis diknali sebagai penyakit tidak berjangkit.

Agen biosis yang berjangkit disebut patogen yang merangkumi viroid,virus, mikoplasma, bakteria, kulat, alga, protozoa, nematod, dan angiosperma parasit. Agen abiosis pula termasuklah ketoksikan mineral, kedefisienan kekurangan atau ketidakseimbangan nutrien, kekurangan atau berlebihan air, kekurangan atau berlebihan cahaya matahari, suhu, oksigen dan pH

Sila tekan/klik butang  untuk maklumat lanjut "Pengurusan Kawalan  Serangga dan Penyakit".

Duriancorner.com