PEMILIHAN ANAK BENIH

Pokok durian dibiak secara tampang (grafting) melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 – 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian di ladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.

 

Terdapat juga kaedah cantuman dewasa di mana pokok-pokok durian yang sudah tidak produktif ditebang atau dipotong separas 3-4 kaki. Apabila mata tunas tumbuh 2-4 kaki, ianya dicantum dengan mata tunas musang king atau mata tunas klon-klon durian lain yang dikehendaki.

Sila klik butang di bawahuntuk mendapat panduan "Pengesahan Anak Benih Durian" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia

Duriancorner.com