PEMBERSIHAN TANAH

Tanah perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum menanam durian. Tak kiralah samada tanah itu dulunya ditanam dengan pokok getah, kelapa sawit atau hutan belukar. Kesemunya perlu ditebang dan akarnya dicabut dan dibakar.

Pokok-pokok yang ditebang dan dipotong mengikut panjang yang tertentu boleh dijual. Harganya mengikut saiz batang pokok tersebut. Saiz yang sederhana besarnya mungkin boleh dijual dengan harga RM120 setan mengikut lokasi masing-masing.

Semua kayu-kayu dan tunggul akar perlu dikumpulkan di beberapa tempat. Ianya dibiar kering dalam beberapa minggu kemudian dibakar. Jangan dibakar serentak dengan api yang besar kerana ia akan mengujudkan titik panas (hot spot) yang boleh dikesan oleh Jabatan Alam Sekitar dan dikenakan denda di atas pincemaran alam sekitar. Kawal aktiviti pembakaran atau bakar kayu-kayu kering secara beransur-ansur.

Tujuan utama pembakaran dibuat ialah untuk mengelakkkan serangga perosak saperti anai-anai dari membuat sarang di batang-batang kayu yang ditinggalkan kerana apabila tiada lagi tunggul-tunggul kayu, ia kan menyerang batang-batang pokok durian pulak. Cara yang paling mudah untuk membakar kayu-kayu kering adalah dengan menggunakan tayar-tayar terpakai. Tayar-tayar terpakai mudah didapati di Kedai-kedai tayar. Kebanyakkan kedai-kedai tayar boleh memberinya dengan percuma kerana untuk melupuskannya pemilik kedai tayar perlu mengeluarkan perbelanjaan. Oleh itu mereka lebih suka memberinya kepada mereka yang memerlukan tayar terpakai tersebut.