PANDUAN KUALITI DURIAN

PANDUAN UMUM

Bagi penggemar durian, mereka ada cara tersendiri untuk memilih durian, ada yang menghidu dan ada yang menggoncangnya. Namun kepelbagaian durian dan cita rasa pengguna menyebabkan sukar untuk memilih ciri-ciri khusus durian yang dianggap  baik. Buah yang jatuh dari pokok akan terus masak selama 2-4 hari, namun selepas itu ia akan dianggap terlebih masak atau ranum dan tidak sedap lagi.

 

Nasihat biasa ialah dengan memeriksa tangkai yang akan mulai kering. Tangkai yang besar dan pejal ialah satu tanda kesegaran. Satu lagi cara ialah dengan menggoncangkan berhampiran dengan telinga.Isi buah yang lembap, mengkar atau kurang masak  melekat kepada kulit dalam buah, manakala isi durian yang cukup matang terasa bergetar.

‚Äč

Selain daripada itu, ada beberapa panduan yang boleh dipakai iaitu:-

  1. Pilihlah durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana lazimnya buah durian ini memiliki isi yang kering dan manis.

  2. Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat. Jika kurang berbau, bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya atau mengkar

  3. Pilih buah yang sempurna dan tidak mempunyai kesan berlubang atau tompok-tompok hitam. Ianya mungkin telah diserang oleh seranga perosak.

  4. Pilih buah yang sederhana beratnya kerana buah yang berat biasanya kurang masak. Ianya mungkin jatuh disebabkan oleh angin yang kuat dan tangkainya tidak dapat menahan berat buah.

  5. Buah durian biasanya mempunyai lima pangsa. Garisan pangsa itu akan jelas kelihatan pada kulit buah yang matang.

video (BI) mengenai panduan memilih durian dari CNA Lifestyles