DURIAN

ASAL USUL DURIAN

Durian ialah buah tropikal yang amat popular di Asia Tenggara. Malah di Malaysia ianya diberi gelaran sebagai Raja Buah. Menurut pengkaji botani, durian berasal dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei DS.

Pokok durian menghasilkan buah yang bersaiz besar, isi dan baunya yang unik dan dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Pokok durian bersaiz besar dan tinggi melebihi 25 meter dan berbunga dan berbuah sekali sehingga dua kali setahun.

Nama 'Durian' berasal dari perkataan'duri' kerana buah nya berduri. Durio zibethinus Murr, adalah nama saintifik bagi durian yang ditanam secara komersial di Malaysia. Buah ini dilaporkan pertama kalinya oleh Murray pada tahun 1774 daripada satu koleksi dari Malaya (Semenanjung Malaysia). Beliau namakan spesiesnya sebagai zibethinus kerana persamaan bau busuk durian dngan kucing 'cibet' zibetto (bahasa Itali)

 

Durian tergolong dari famili Bombacaceae. Genus Durio diambil daripada perkataan bahasa Melayu, duri, yang dihuraikan oleh Adnanson pada tahun 1763. Terdapat lebih dari 30 jenis spesies Durio dan lebih sembilan darinya boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa. Selain Durio zibethinus, terdapat  lapan (8) spesies lain yang telah dikenalpasti boleh dimakan ialah D.dulcis, D. grandiflorus, D.graveolens, d.kutejensis, D.lowianus, D.macrantha, D.oxleyanus dan D.testudinarum.

Terdapat banyak klon durian, kesemuanya mempunyai nama bermula dengan huruf "D" dan diikuti dengan nombor. Sebagai contoh D197 merujuk kepada Musang King atau Raja Kunyit, D159 merujuk kepada Mon Thong dan D158 juga dinamakan sebagai Kan Yao.

Sila klik di sini untuk mengetahui varieti durian yang terdapat di Malaysia.

Pokok durian asli atau durian kampung mempunyai ketinggian melebihi 25m.