JENIS-JENIS TANAH

Secara umumnya terdapat 6 jenis tanah di Malaysia iaitu:-

  1. Tanah liat-mempunyai partikel yang sangat kecil dan rapat di antara satu dengan lain. Sangat melekat ketika basah dan keras ketika kering. Disebabkan ianya amat padat kerana partikelnya sangat kecil dan halus, pengudaraan di dalam tanah tidak begitu baik dan sangat sukar menerima air.

  2. Tanah pasir- mempunyai partikel yang besar dan longgar. Tanah ini kering dan berderai atau peroi. Jenis tanah ini tidak menyerap air kerana mempunyai ruang rongga yang cukup besar  dan menyebabkan air mengalir dengan cepat dan tidak sempat diserap oleh akar. Nutrien juga tidak dapat bertahan lama kerana hilang bersama air yang mengalir.

  3. Tanah gambut- berwarna hitam atau perang. Mempunyai bahan organik dan kandungan air yang sangat tinggi. Jenis tanah ini dikategorikan sebagai kumpulan tanah berorganik yang terbentuk sekian lama  oleh pereputan bahan mineral, tumbuhan dan sebagainya. Tanah ini dikategorikan sebagai tanah bermasalah namun ia sesuai ditanam dengan kelapa sawit.

  4. Tanah endapan- mempunyai partikel yang kecil berbanding dengan tanah pasir dan ianya sangat lembut dan ringan. Tanah endapan boleh menyerap air tetapi nutrien cepat hilang. Tanah jenis ini sejuk dan kering. Ia juga jenis mampat dan padat dan bermasaalah dari segi pengudaraan.

  5. Tanah keranji- tanah keranji atau tanah seline adalah kering dan bergaram. Tumbuhan akan menghadapi masalah jika ditanam dengan tanah jenis ini.

  6. Tanah loam-tanah yang sesuai untuk pertanian.Ia mengandungi kira-kira 40 peratus pasir, 40 peratus endapan dan 20 peratus tanah liat. Tanah loam mempunyai nilai pH yang tinggi dan kandungan kalsium yang juga tinggi.Tanah jenis ini mempunyai ruang pengudaraan yang baik dan dapat menyimpan nutrien.

sila klik butang di bawah untuk maklumat lanjut "Sains Tanah"