Excavator atau Backhoe

Persoalan menggunakan excavator atau backhoe untuk membersihkan tanah perlu difikirkan dengan teliti kerana ianya melibatkan kos yang agak tinggi. Kadar sewaan excavator ialah dari RM750-RM900  sehari. di samping itu sesetengah penyewa mengenakan caj penghantaran lori loader (pergi balik ) sebanyak RM400-RM 450 sehala. Ini disebabkan Excavator mempunyai tayar dari rantai besi yang boleh merosakkan jalan tar. Oleh itu untuk mengelakkan jalan raya mengalami kerosakkan, excavator diangkut dulu dengan lori dan dihantar terus ke tapak tanah yang hendak dibersihkan.

 

Manakala kadar sewaan backhoe pula di antara RM400-RM450 sehari. Memandangkan tayarnya dari tayar getah biasa ianya lebih senang digerakkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

 

Penggunaan jentera berat saperti excavator memang sesuai untuk membersihkan kawasan yang berhutan dan berbukit. ia dapat menumbangkan pokok-pokok dan seterusnya mencabut akar-akar pokok nya dengan mudah sekali. Backhoe juga boleh berbuat demikian tetapi ianya tidak begitu sesuai di tanah yang berbukit. Excavator biasanya dapat melaksana kerja-kerja pembersihan dengan lebih cepat walaupun kos sewaannya mahal berbanding backhoe.

1/5

Excavator

Backhoe

Tidak kira apapun jenis jentera yang anda hendak disewakan, berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda bincangkan dengan pemilik jentera berkenaan:-

  1. Sewaan harlan atau kontrak sampai siap?.​​​​​​​

    1. Sewaan harian jentera boleh anda fikirkan sekiranya anda benar-benar yakin kerja yang dilakukan boleh siap di dalam tempoh yang dijanjikan. Jika tidak, ada kemungkinan penyewa/operator jentera melewatkan kerja dan anda terpaksa membayar sewaan yang berlebihan. Adalah lebih baik anda kontrakkan kerja sampai siap dengan bayaran yang tetap contohnya RM5,000 untuk siapkan kerja tanpa mengira kadar harian. Dengan cara ini anda tidak risau sekiranya operator jentera melewatkan kerjanya samada secara sengaja atau disebabkan  kerosakkan atau faktor cuaca.

  2. Jenis Kerja-kerja yang perlu dilakukan

    1. Pastikan anda jelaskan kepada operator jentera tentang kerja-kerja yang perlu dibuat.​ Contohnya menumbangkan pokok-pokok, buat teres, buat parit dll. Ini untuk mengelakkan salah faham dikemudian hari

  3. Batang-batang kayu yang boleh dijual

    1. Batang-batang pokok getah atau pokok-pokok yang lain sebenarnya boleh dijual. Daripada dibakar atau dibiarkan reput, eloklah semuanya dijual. Ini sedikit sebanyak​ dapat mengurangkan kos pembersihan dan penyediaan tanah. Berundinglah dengan pembeli-pembeli kayu di tempat anda. Biasanya mereka akan menyediakan lori dan traktor untuk mengumpul dan mengangkut kayu-kayu tersebut.